Rabu, 9 September 2009

PENGENALAN BEKAM

Bekam adalah merupakan suatu kaedah rawatan yang telah diamalkan semenjak beribu tahun dahulu dan ianya juga merupakan satu aktiviti kesihatan yang telah diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Rasulallah s.a.w. dan para-para sahabat di zaman beliau ketika itu. Kaedah BEKAM juga telah pun diamalkan sekian lama di zaman Mesir Purba dimana ahli-ahli sejarah telah menjumpai Penusuk (Jarum dan beberapa cawan yang digunakan di dalam bilik rahsia. Cawan yang digunakan biasanya diperbuat daripada tanduk lembu dengan tebukan lubang di penghujungnya yang tirus melaluinya darah di sedut keluar.